Monday, November 17, 2014

Tip menghadapi ‘rejection' dalam network marketing


Dalam menjalankan perniagaan network marketing atau MLM, kita pastinya akan berhadapan dengan prospek atau pelanggan yang menolak ajakan kita atau produk jualan kita. Bagaimanakah caranya kita menghadapi penolakan atau 'rejection' ini?

Kita perlu bertindak seperti seorang doktor di waktu peperangan. Sewaktu peperangan, askar yang tercedera terlalu ramai dan doktor perlu selamatkan seramai mungkin pesakit. Oleh sebab itu, doktor akan memeriksa setiap pesakit dan pastikan sama ada boleh diselamatkan atau tidak. Sekirannya boleh diselamatkan lagi maka pesakit itu perlu diselamatkan 100%. Dan sekiranya tidak dapat diselamatkan, maka ...NEXT!

Kalau tak boleh selamatkan, NEXT!

Oleh itu, sekiranya kita menghadapi banyak 'rejection', itu tandanya kita sudah dekat pada prospek yang mahukan produk kita itu. Jadikan 'rejection' sebagai motivasi, bukan pelemah semangat. Kalau sepuluh prospek yang anda jumpa tidak mahukan produk anda, mungkin prospek yang ke-12 atau ke-13 mahukan produk anda. Itulah salah satu tip yang diajarkan oleh Dato' Dr Azman Ching, seorang jutawan MLM.

No comments:

Post a Comment