Sunday, November 9, 2014

173,985 anak muda bakal disenaraihitam


Berkuatkuasa 1 Januari 2015, seramai 173,985 orang peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bakal berdepan tindakan disenaraikan di dalam Sistem Maklumat Rujukan Kredit Berpusat (CCRIS). Ini bermakna mereka bakal berdepan tindakan atau mungkin akan diisytihar muflis jika gagal membayar hutang.

Sebelum ini pun Persatuan Pengguna Islam Malaysia PPIM telah menyarankan orang ramai agar mencari sumber pendapatan sampingan akibat kenaikan harga barang yang berterusan saban tahun. Dengan pelaksanaan GST tahun depan, pengguna seharusnya sudah punya perancangan untuk memantapkan ekonomi mereka.

No comments:

Post a Comment