Showing posts with label motivasi. Show all posts
Showing posts with label motivasi. Show all posts

Tuesday, January 20, 2015

40 cara selamatkan wang anda




40 cara untuk selamatkan wang anda di tahun 2015 yang agak mencabar ini. Tips ini telah dikongsikan oleh Azizul Azli Ahmad, seorang pensyarah UiTM yang kini juga merupakan seorang penulis buku Mudahnya Beli Rumah.

Kita ikut tips beliau di bawah.

SELAMATKAN WANG ANDA

Lantaklah orang kata apa, yang penting kita jimat belanja. Tarik nafas dan bermulalah :
1. Belanja kurang dari pendapatan
2. Cari cara buat duit lebih
3. Ubah gaya hidup
4. Rancang kewangan anda
5. Mulakan menabung
6. Potong kad kredit jadi 2
7. Kurang cakap di handphone
8. Cari hobi yang tambah pendapatan
9. Hadiahkan diri dengan simpanan
10. Tahan nafsu hingga promosi baru beli
11. Jangan beli kerana “Diskaun Akhir Tahun / Diskaun Awal Tahun”
12. Ciptakan rasa seronok bila tiada hutang
13. Kurangkan insuran kenderaan ikut harga semasa.
14. Nikmati hiburan percuma
15. Kekal prestasi cemerlang
16. Sibukkan diri agar tidak ke shopping mall selalu.
17. Jangan riadah di Pavillion atau Mall
18. Berhenti merokok
19. Diet dan jaga pemakanan, makan untuk sihat
20. Makanan bukan untuk dicuba
21. Jangan berlumba tukar sofa dengan jiran
22. Takaful jangan lebih 10% pendapatan
23. Sediakan dana pelaburan
24. Jangan mudah putus asa
25. Jangan salahkan panda bila kita susah.
26. Barang terpakai bukan dosa.
27. Beli Baju diMyidin pun kacak juga
28. Beli secara tunai
29. Jangan jadi hamba faredadee
30. Jangan jadi hamba honda city
31. Guna moto itu ranggi
32. Jangan berhutang kerana layak pinjaman
32. Berhenti layan Maharaja Lawak Mega. Ia bukan percuma
33. Lupakan impian tambah Neelopah
35. Kereta kecil tetap bergaya
36. Azam beli rumah bukan tambah orang rumah
37. Lupakan sportrim dan spoiler kereta.
38. Mesyuarat keluarga tentang belanja
39. Kurangkan tengok drama orang kaya kaya
40. Didik nafsu


Siapa yang boleh kawal nafsu, ia boleh kawal dunia. Bersedialah untuk tahun 2015. Wallahu A’llam
Bersediakah anda? Tepuk dada tanya poket. Jika poket masih diam tak berbunyi (atau berbunyi duit syiling), bolehlah mula ikut satu persatu senarai di atas atau pilih NO.2


Saya ada caranya
…

Monday, November 17, 2014

Tip menghadapi ‘rejection' dalam network marketing


Dalam menjalankan perniagaan network marketing atau MLM, kita pastinya akan berhadapan dengan prospek atau pelanggan yang menolak ajakan kita atau produk jualan kita. Bagaimanakah caranya kita menghadapi penolakan atau 'rejection' ini?

Kita perlu bertindak seperti seorang doktor di waktu peperangan. Sewaktu peperangan, askar yang tercedera terlalu ramai dan doktor perlu selamatkan seramai mungkin pesakit. Oleh sebab itu, doktor akan memeriksa setiap pesakit dan pastikan sama ada boleh diselamatkan atau tidak. Sekirannya boleh diselamatkan lagi maka pesakit itu perlu diselamatkan 100%. Dan sekiranya tidak dapat diselamatkan, maka ...NEXT!

Kalau tak boleh selamatkan, NEXT!

Oleh itu, sekiranya kita menghadapi banyak 'rejection', itu tandanya kita sudah dekat pada prospek yang mahukan produk kita itu. Jadikan 'rejection' sebagai motivasi, bukan pelemah semangat. Kalau sepuluh prospek yang anda jumpa tidak mahukan produk anda, mungkin prospek yang ke-12 atau ke-13 mahukan produk anda. Itulah salah satu tip yang diajarkan oleh Dato' Dr Azman Ching, seorang jutawan MLM.

Tuesday, October 28, 2014

Enemy for the best is always the good



Berikut petikan dari pesanan saudara Mazelan Abas buat para usahawan referral program TuneTalk ToneExcel. Moga menjadi motivasi dan panduan kita bersama...

Beberapa hari yang lepas saya ada bertemu kawan yang dah lama buat tunetalk/toneexcel ini, dah hampir 3 tahun dia buat bisnes ini. Dia pun update saya cara dia buat, sangat bersungguh-sungguh. Dia sering mengadakan table talk. Dia sering mengadakan ceramah-ceramah kecil2an di area Perak. Dia sering bantu downline dia kesana kemari, dan dia boleh dianggap sebagai orang yang sangat membantu networknya untuk berkembang. Pendek kata dia sangat berkerja keras. Saya berkesempatan pergi salah satu ceramahnya di Manjung baru-baru ini, dan saya sangat teruja dengan cara dia memberi ceramah mengenai bisnes ini. Memang dia seorang penceramah yang berapi-rapi, memang hebat.

Yang lagi hebat adalah, macamana dia boleh konsisten dengan cara yang sedemikian. Bukan senang nak cari seseorang yang sedemikian rupa. Ramai orang pumcit baru tiga empat bulan, tapi rakan kita itu masih melakukan cara itu sehingga minggu lepas. Masa dia berceramah tu, saya masih ingat kata-kata yang diucapkan.

"Rakan-rakan, kerja kita sangat mudah, hanya promote orang di Level 1 sahaja, kita tidak perlu risau di Level 2, Level 3, itu bukan kerja kita, kalau masing masing sibuk mengembangkan level 1 mereka, secara automatik keseluruhan network anda akan berkembang, anda akan lihat komisyen anda meningkat setiap bulan".

Itulah diantara kata-katanya yang sangat betul, saya sangat setuju dan semua orang pun rasa sangat setuju.

Selesai sahaja memberi ceramah, dia ajak saya pergi minum di Lumut, dekat dengan Teluk Batik. Semasa bersembang, sempat saya bertanyakan soalan dan bertukar-tukar pandangan. Tetapi sesuatu yang mengejutkan berlaku, saya tanya dia, "tuan punya komisyen bulan lepas sudah berapa tuan?" Dia jawap "Tak banyak En Mazelan, tak sampai seribu lagi". Hah, tak sampai seribu? saya terkejut beruk mendengarnya. Takkan orang macam ini hebat dan rajin, komisyen tak sampai seribu. Lalu saya tanya dia, "Bulan lepas tuan dah sponsor berapa orang di Level-1 tuan?". Dia kata "Kosong en Mazelan, saya tak sempat nak sponsor orang level-1 saya, En Mazelan tengoklah sendiri, mana sempat, saya sebok bantu downline saje". "Habis tu, yang tuan bagi ceramah pukul gong suruh orang lain sponsor level 1 sahaja, tuan buat apa?", dia diam seketika sambil terkebil-kebil. Saya kata lagi "Tuan suruh orang lain buat, tapi tuan tak buat"

Saya sangat simpati pada dia, jadi saya nasihatkan dia "Kalau tuan nak ikut cakap saya, ikut, kalau tak mahu terpulang". Dia kata "Saya nak ikut cakap en Mazelan, tapi salah ke cara yang saya buat selama ini?". Saya tanya " Tak salah, tapi tuan puas hati ke dengan komisyen yang macam tu?", "Tak puas hati jugak en Mazelan", jadi, sebenarnya.....

Jawapannya SALAH ! Jangan buat macam tu lagi !

Tuan sibuk bantu orang lain atau bantu downline, itu adalah BAIK, tetapi tuan tidak buat kerja tuan sendiri, iaitu sponsor orang di Level 1. Kerja tuan adalah sponsor orang di Level 1, dan itulah yang TERBAIK, sama seperti apa yang tuan cakapkan atas stage tadi sewaktu berceramah.

Ingat !
"Enemy for the best is always the good."
Musuh kepada yang TERBAIK, biasanya benda yang BAIK-BAIK sahaja.

Jadi, mulai minggu depan, saya kata pada dia, stop buat ceramah-ceramah, stop bantu downline dengan cara sedemikian, tuan kena mula semula buat kerja tuan sendiri, iaitu SPONSOR orang di Level-1. Kalau tidak, itulah hasilnya, buat lebih kurang 3 tahun, komisyen tak sampai seribu ringgit.

Kerja membantu downline secara demikian adalah kerja yang BAIK, tetapi terlepas dan tak buat kerja yang TERBAIK untuk dia. Saya terus bagi target pada dia, mulai bulan ini, dia kena fokus, pecahkan otak dan pecahkan usaha untuk menaja paling kurang 14 orang setiap bulan. Buatlah kerja kita sekurang-kurangnya 2 tahun, selepas itu, bolehlah berhenti menaja kalau mahu, tak payah buat lagi, saya yakin pendapatan dia paling kurang pun akan cecah 5 ribu setiap bulan. Itu baru dinamakan pasif income. 2 tahun pertama tu bukan pasif income, kerana dia masih bekerja untuk kembangkan level 1. Itu aktif income.

Dia pun pening lalat bila tiba2 saya marah dan suruh dia berhenti buat ceramah. Cara terbaik nak bantu downline adalah dengan pastikan dia ada buku panduan selepas menyertai program ini, dan kedua kalau mereka call tolong jawab, jangan tak jawab.

Tanpa buku panduan, mereka terkapai-kapai, sikit2 mereka akan rujuk pada kita, kalau sorang dua tak mengapa, kalau 2000 - 3000 orang semua nak rujuk kat kita, maut rasanya, maka kita jadi orang pertama terkeluar dalam bisnes ini, tak larat nak bantu semua.

Pesan saya, jika ingin mendapat income terbaik dalam bisnes ini, buatlah perkara yang TERBAIK.

Terima kasih kembali.

Mazelan Abas