Showing posts with label referral program. Show all posts
Showing posts with label referral program. Show all posts

Monday, November 3, 2014

Capailah impian anda



Kebanyakan orang guna handphone habis duit bayar bil@prepaid, tapi ada satu rahsia yang lain jadinya.
Kami guna handphone dapat duit sikit2..

Ia dipanggil Program Rujukan Komuniti iaitu Referral Program Tunetalk ToneeXcel yang dapat memberikan kita passive income.

Jom tukar simkad anda kepada simkad Toneexcel untuk menjana income melalui penggunaan telefon dan juga nikmati ganjaran yang menarik..yang penting anda akan dapat komisyen.

Cuba anda fikirkan, dah berapa lama anda guna handphone dan sampai bila anda akan guna handphone?
Selama anda gunakan handphone, anda ada dapat pulangan duit tak? Dah berapa banyak anda habiskan duit untuk beli prepaid?

Tapi dengan menggunakan simkad Toneexcel ini, anda akan dapat 
passive income yang berterusan, selagi anda topup dan selagi downline anda topup, anda akan dapat hasilnya.

Hasilnya akan bertambah tiap-tiap bulan jika anda usaha, walaupun permulaannya anda dapat sen sen.. nanti akan dapat ringgit, kemudia puluh-puluh ringgit, ratus-ratus, ribu-ribu dan puluhan ribu..


Anda tak ingin pendapatan macam ini? Capailah impian anda

Tuesday, October 28, 2014

Enemy for the best is always the good



Berikut petikan dari pesanan saudara Mazelan Abas buat para usahawan referral program TuneTalk ToneExcel. Moga menjadi motivasi dan panduan kita bersama...

Beberapa hari yang lepas saya ada bertemu kawan yang dah lama buat tunetalk/toneexcel ini, dah hampir 3 tahun dia buat bisnes ini. Dia pun update saya cara dia buat, sangat bersungguh-sungguh. Dia sering mengadakan table talk. Dia sering mengadakan ceramah-ceramah kecil2an di area Perak. Dia sering bantu downline dia kesana kemari, dan dia boleh dianggap sebagai orang yang sangat membantu networknya untuk berkembang. Pendek kata dia sangat berkerja keras. Saya berkesempatan pergi salah satu ceramahnya di Manjung baru-baru ini, dan saya sangat teruja dengan cara dia memberi ceramah mengenai bisnes ini. Memang dia seorang penceramah yang berapi-rapi, memang hebat.

Yang lagi hebat adalah, macamana dia boleh konsisten dengan cara yang sedemikian. Bukan senang nak cari seseorang yang sedemikian rupa. Ramai orang pumcit baru tiga empat bulan, tapi rakan kita itu masih melakukan cara itu sehingga minggu lepas. Masa dia berceramah tu, saya masih ingat kata-kata yang diucapkan.

"Rakan-rakan, kerja kita sangat mudah, hanya promote orang di Level 1 sahaja, kita tidak perlu risau di Level 2, Level 3, itu bukan kerja kita, kalau masing masing sibuk mengembangkan level 1 mereka, secara automatik keseluruhan network anda akan berkembang, anda akan lihat komisyen anda meningkat setiap bulan".

Itulah diantara kata-katanya yang sangat betul, saya sangat setuju dan semua orang pun rasa sangat setuju.

Selesai sahaja memberi ceramah, dia ajak saya pergi minum di Lumut, dekat dengan Teluk Batik. Semasa bersembang, sempat saya bertanyakan soalan dan bertukar-tukar pandangan. Tetapi sesuatu yang mengejutkan berlaku, saya tanya dia, "tuan punya komisyen bulan lepas sudah berapa tuan?" Dia jawap "Tak banyak En Mazelan, tak sampai seribu lagi". Hah, tak sampai seribu? saya terkejut beruk mendengarnya. Takkan orang macam ini hebat dan rajin, komisyen tak sampai seribu. Lalu saya tanya dia, "Bulan lepas tuan dah sponsor berapa orang di Level-1 tuan?". Dia kata "Kosong en Mazelan, saya tak sempat nak sponsor orang level-1 saya, En Mazelan tengoklah sendiri, mana sempat, saya sebok bantu downline saje". "Habis tu, yang tuan bagi ceramah pukul gong suruh orang lain sponsor level 1 sahaja, tuan buat apa?", dia diam seketika sambil terkebil-kebil. Saya kata lagi "Tuan suruh orang lain buat, tapi tuan tak buat"

Saya sangat simpati pada dia, jadi saya nasihatkan dia "Kalau tuan nak ikut cakap saya, ikut, kalau tak mahu terpulang". Dia kata "Saya nak ikut cakap en Mazelan, tapi salah ke cara yang saya buat selama ini?". Saya tanya " Tak salah, tapi tuan puas hati ke dengan komisyen yang macam tu?", "Tak puas hati jugak en Mazelan", jadi, sebenarnya.....

Jawapannya SALAH ! Jangan buat macam tu lagi !

Tuan sibuk bantu orang lain atau bantu downline, itu adalah BAIK, tetapi tuan tidak buat kerja tuan sendiri, iaitu sponsor orang di Level 1. Kerja tuan adalah sponsor orang di Level 1, dan itulah yang TERBAIK, sama seperti apa yang tuan cakapkan atas stage tadi sewaktu berceramah.

Ingat !
"Enemy for the best is always the good."
Musuh kepada yang TERBAIK, biasanya benda yang BAIK-BAIK sahaja.

Jadi, mulai minggu depan, saya kata pada dia, stop buat ceramah-ceramah, stop bantu downline dengan cara sedemikian, tuan kena mula semula buat kerja tuan sendiri, iaitu SPONSOR orang di Level-1. Kalau tidak, itulah hasilnya, buat lebih kurang 3 tahun, komisyen tak sampai seribu ringgit.

Kerja membantu downline secara demikian adalah kerja yang BAIK, tetapi terlepas dan tak buat kerja yang TERBAIK untuk dia. Saya terus bagi target pada dia, mulai bulan ini, dia kena fokus, pecahkan otak dan pecahkan usaha untuk menaja paling kurang 14 orang setiap bulan. Buatlah kerja kita sekurang-kurangnya 2 tahun, selepas itu, bolehlah berhenti menaja kalau mahu, tak payah buat lagi, saya yakin pendapatan dia paling kurang pun akan cecah 5 ribu setiap bulan. Itu baru dinamakan pasif income. 2 tahun pertama tu bukan pasif income, kerana dia masih bekerja untuk kembangkan level 1. Itu aktif income.

Dia pun pening lalat bila tiba2 saya marah dan suruh dia berhenti buat ceramah. Cara terbaik nak bantu downline adalah dengan pastikan dia ada buku panduan selepas menyertai program ini, dan kedua kalau mereka call tolong jawab, jangan tak jawab.

Tanpa buku panduan, mereka terkapai-kapai, sikit2 mereka akan rujuk pada kita, kalau sorang dua tak mengapa, kalau 2000 - 3000 orang semua nak rujuk kat kita, maut rasanya, maka kita jadi orang pertama terkeluar dalam bisnes ini, tak larat nak bantu semua.

Pesan saya, jika ingin mendapat income terbaik dalam bisnes ini, buatlah perkara yang TERBAIK.

Terima kasih kembali.

Mazelan Abas

Friday, October 24, 2014

Siri Buat Duit Dari Rumah : Pengenalan


Pengenalan ringkas oleh saudara Mazelan Abas berkenaan referral program TuneTalk Tone Excel. Sesuai untuk mereka yang masih tercari-cari peluang menambah pendapatan atau mengurangkan beban perbelanjaan terutamanya bil handphone. Video di atas memberi penjelasan mudah apa itu program rujukan komuniti yang ditawarkan oleh Tone Excel dan bagaimana semua orang boleh menyertai dan mendapat manfaat darinya.

Sunday, October 19, 2014

Backup Plan?



According to the latest update, 20,000 employees might lose their job if the mega merger between CIMB, RHB & MBSB go through. Previously, MAS also announced the plan to axe about 6,000 jobs. There's no more job security in this information age. We no more hold on to a single job until retirement age. No more loyalty to a single company. Another reason for us to always be ready with backup plan, something to be a buffer when our main job disappear. It is common nowadays for people to have a part-time job, something that they do during their spare time, be it as freelancer or business owner. Hence, the referral program offered through Tone Excel is an excellent choice for everybody to try create a passive income

Friday, October 17, 2014

Apa itu TONE EXCEL?


Definasi T.O.N.E. E.X.C.E.L.

Anda harus faham bahawa..
Program Rujukan Komuniti TuneTalk Tone Excel adalah sebuah program yang membina pelbagai perkara yang positif, antaranya;
1- Membina hubungan silaturrahim.
2- Membina keyakinan diri.
3- Membina semangat untuk terus berusaha.
4- Membina matlamat hidup dengan lebih jelas.
5- Membina pendapatan yang lebih baik serta berpanjangan.

Tone Excel bukanlah program MLM.
Tone Excel adalah Referral Program / Program Rujukan Komuniti.
Tone Excel adalah Sebuah Program yang baik.
Konsepnya adalah perkongsian keuntungan antara syarikat dengan pengguna melalui penjimatan kos pengiklanan.

Langkah mudah untuk jana pendapatan;
1- Guna simkad seperti biasa.
2- Cerita kepada semua kenalan.
3- Syarikat bayar komisen secara berterusan.

Usah berlengah lagi, kami bukan Along, kami bukan nak duit anda, kami bukan gila duit.
Kami pengguna seperti anda, kami adalah rakan anda, kami hanya kongsi sebuah produk yang telah melalui proses evolusi dari beban jadi pendapatan.Usah abaikan, RM90 tidak akan memufliskan anda.
Hubungi kami untuk sertai segera atau tinggalkan emel anda di Projek Pendapatan Pasif untuk dapatkan maklumat lanjut.

Jemputan Preview TuneTalk Toneexcel


Untuk anda yang ingin tahu lebih lanjut bagaimana nak dapatkan pendapatan pasif melalui referral program, anda boleh hadiri preview TuneTalk Toneexcel (TTTE) di Sri Petaling ahad ini. Sila hadir awal untuk pastikan anda mendapat tempat.

Thursday, October 16, 2014

Apa kata pakar yang telah mengkaji modul perniagaan TuneTalk Toneexcel?



Pakar bisnes internet Zamri Nayan & pakar kewangan Azizi Ali pun join TuneTalk Toneexcel. Selain dari menjana pendapatan pasif, ini juga sebab mengapa mereka pun tidak ketinggalan mengambil peluang perniagaan referral program..

1. Bisnes ini menjual produk keperluan. Maksudnya produk bisnes ni semua orang perlu gunakan, iaitu komunikasi (telefon). Semua orang perlu guna handphone untuk berkomunikasi.

2. Bisnes ini menawarkan servis yang berkualiti! Semua orang tahu line Celcom merupakan line yang paling LUAS, STABIL, dan LAJU di Malaysia. Kadar call, sms, dan data internet juga amat BERPATUTAN! Jimat!

3. Harga produk yang berpatutan! Cuma RM90 sahaja! Semua orang mampu!

4. Bisnes ini adalah anti kemelesetan ekonomi. Bagaimana ekonomi dunia gawat sekali pun, semua orang masih dan tetap akan guna handphone, masih top up dan bayar bil handphone mereka setiap bulan. Jadi bisnes ini tetap jalan.

5. Pasaran yang amat luas! Pasaran bisnes ini ialah siapa-siapa sahaja yang ada handphone! Di Malaysia ada lebih kurang 41 juta talian handphone yang didaftarkan. Setakat ini cuma 500K++ orang yang join bisnes ini. Masih luas lagi pasaran ini. Semua masih ada peluang untuk maju!

6. Potensi berterusan! Orang akan guna handphone sampai bila-bila. Tak pernah saya dengar orang akan berhenti guna handphone bila dia genap 50 tahun. Orang akan guna handphone sehingga dia meninggal dunia. Selagi orang guna handphone, selagi itu bisnes ini akan terus jalan.

7. Dapat benefits yang hebat! Jika anda join bisnes ini, anda akan dapat benefits yang telco lain tak bagi. Insurans percuma, point percuma, kredit percuma, tiket kapal terbang percuma, diskaun menginap di tune hotel, peluang melancong percuma, cabutan bertuah, peraduan dan banyak lagi.

8. Pendapatan daripada bisnes ini boleh diwariskan! Tak salah apa yang anda baca. Jika saya sudah mendapat pendapatan contohnya RM5000 sebulan, jika saya meninggal, pendapatan itu boleh diwariskan kepada waris saya. Setiap bulan mereka akan dapat.

9. Syarikat kukuh! Celcom ada 35% saham dalam program ini. Tune Group (Air Asia, Tune Hotel, Tune Talk, dll) juga mempunyai 25.1% saham dalam bisnes ini.

10. Ada pengiktirafan badan kerajaan Lembaga Pelindung dan Kebajikan Pengguna Malaysia (LPKPM). Maksudnya sah di sisi undang-undang negara kita.

Tuesday, October 14, 2014

Simkad yang banyak kelebihan


Simkad TuneTalk Toneexcel dijual pada harga RM90 sekeping. Memang sekali pandang nampak mahal. Tapi kita kena lihat banyak kelebihan yang ditawarkan pada simkad ini. Antaranya ialah pemegang simkad TuneTalk Toneexcel layak mendapat perlindungan insuran kemalangan sebanyak RM100 000, setiap kali anda topup anda akan mendapat point yang mana point itu boleh ditukar kepada tiket AirAsia, diskaun untuk bilik di Tune Hotel, cabutan bertuah setiap bulan dan yang paling best sekali jika ada ahli keluarga dan rakan2 menyertai program TuneTalk Toneexcel ini, anda akan dibayar komisyen setiap kali mereka topup. Itu baru sebahagian dari kelebihan simkad ini, ada banyak lagi kelebihan2 yang boleh didapati melalui simkad ini. Jika anda berminat, anda boleh sertai  referral program ini.

Monday, October 13, 2014

Testimoni Projek Pendapatan Pasif


Testimoni/interview oleh sifu yang buat duit dengan handphone :) Siapa lagi kalau bukan tuan Mazelan Abas, orang yang telah membuktikan kejayaan meraih pendapatan pasif 6 angka bersama program rujukan (referral program)TuneTalk Toneexcel.