Showing posts with label mazelan abas. Show all posts
Showing posts with label mazelan abas. Show all posts

Tuesday, April 14, 2015

Pesanan Mazelan Abas



Pesanan Mazelan Abas.. Jutawan Toneexcel...

"Jom kita buat bisnes Tone Excel ini betul-betul selama 2 tahun, saya yakin ia akan membawa perubahan BESAR dalam hidup kita."

*PM/whatsapp saya 0123225430

Thursday, November 13, 2014

Beralih pada simkad TuneTalk ToneeXcel untuk penjimatan sebenar



Berikut pandangan Tuan Mazelan Abas berkaitan kadar penjimatan dari penggunaan simkad TuneTalk Toneexcel.

"Ok, mari saya ajar cara mengira bil bulanan.
Untuk orang bisnes, kalau tuan call pelanggan sehari 5 orang, purata sebulan tuan call seramai 150 orang, betul tak? Betul.
Kalau sorang, purata tuan call mereka selama 5 minit, bermakna tuan menggunakan telefon selama 750 minit sebulan betul tak? Betul.
Katalah anda bayar RM300 untuk pakej telefon sebulan anda.
Maka RM300/750 minit adalah 40sen/min betul? A'aah ek ! Mahalnya..

40 sen/min berbanding dengan 28 sen/min mana lebih murah? ToneExcel la En Mazelan.
Tapi kenapa dia orang kata pakai jenama X jimat? Mana saya tahu, kenapa tuan tak kaji, kenapa tuan biarkan diri tuan ditipu mudah-mudah oleh iklan-iklan yang hanya nak mengambil untung sahaja. Disebabkan tuan tak mahu kaji, kenapa tuan biarkan keluarga tuan membazir tak tentu hala. Banyak sangat duit ke?

40 sen berbanding 28 sen, bermakna jimat 12 sen, 12/40 adalah 30%. Tuan boleh jimat 30% daripada RM300, bermakna RM100 boleh dijimatkan sebulan. Sebulan jimat RM100, 12 bulan RM1200, 10 tahun RM12,000 sebab tuan cakap dah pakai 10 tahun jenama X tadi. Tak kiralah walau pun ToneExcel baru 5 tahun, tapi disebabkan tuan tak mahu kira, peluang penjimatan datang pun tuan lepaskan macam tu aje.

Itu belum saya kira lagi, topup RM30 dapat RM40, topup RM50 dapat RM70! Dia termenung seketika, dan tiba-tiba terpacul perkataan "Wow, terlajak jimat simkad ToneExcel ini". Saya pun kata "tau tak apa".

Tadi tuan kata simkad Toneexcel mahal RM90. Tuan tahukan dalam tu ada kredit RM30? Tahu, jawabnya.
Maka modal tuan lebih kurang RM60 sahaja, betul tak? Betul.
Dalam toneexcel, kalau tuan topup tiap-tiap bulan RM300, (6 x RM50), tuan akan dapat extra kredit 6 x RM20 = RM120.

Maknanya sebulan je dah cover modal tuan RM60 sebelum ini, dan dah dapat extra lagi RM60. Itu baru sebulan. Belum 10 tahun lagi. Kalau setiap bulan tuan dapat extra RM120, kalau sepuluh tahun sepatutnya handphone tuan dah ada extra kredit RM14,400 tau ! Nama tuan akan termaktub dalam Malaysia Book of Record sebagai pemilik kredit handphone terbanyak :)"

Tuesday, October 28, 2014

Enemy for the best is always the good



Berikut petikan dari pesanan saudara Mazelan Abas buat para usahawan referral program TuneTalk ToneExcel. Moga menjadi motivasi dan panduan kita bersama...

Beberapa hari yang lepas saya ada bertemu kawan yang dah lama buat tunetalk/toneexcel ini, dah hampir 3 tahun dia buat bisnes ini. Dia pun update saya cara dia buat, sangat bersungguh-sungguh. Dia sering mengadakan table talk. Dia sering mengadakan ceramah-ceramah kecil2an di area Perak. Dia sering bantu downline dia kesana kemari, dan dia boleh dianggap sebagai orang yang sangat membantu networknya untuk berkembang. Pendek kata dia sangat berkerja keras. Saya berkesempatan pergi salah satu ceramahnya di Manjung baru-baru ini, dan saya sangat teruja dengan cara dia memberi ceramah mengenai bisnes ini. Memang dia seorang penceramah yang berapi-rapi, memang hebat.

Yang lagi hebat adalah, macamana dia boleh konsisten dengan cara yang sedemikian. Bukan senang nak cari seseorang yang sedemikian rupa. Ramai orang pumcit baru tiga empat bulan, tapi rakan kita itu masih melakukan cara itu sehingga minggu lepas. Masa dia berceramah tu, saya masih ingat kata-kata yang diucapkan.

"Rakan-rakan, kerja kita sangat mudah, hanya promote orang di Level 1 sahaja, kita tidak perlu risau di Level 2, Level 3, itu bukan kerja kita, kalau masing masing sibuk mengembangkan level 1 mereka, secara automatik keseluruhan network anda akan berkembang, anda akan lihat komisyen anda meningkat setiap bulan".

Itulah diantara kata-katanya yang sangat betul, saya sangat setuju dan semua orang pun rasa sangat setuju.

Selesai sahaja memberi ceramah, dia ajak saya pergi minum di Lumut, dekat dengan Teluk Batik. Semasa bersembang, sempat saya bertanyakan soalan dan bertukar-tukar pandangan. Tetapi sesuatu yang mengejutkan berlaku, saya tanya dia, "tuan punya komisyen bulan lepas sudah berapa tuan?" Dia jawap "Tak banyak En Mazelan, tak sampai seribu lagi". Hah, tak sampai seribu? saya terkejut beruk mendengarnya. Takkan orang macam ini hebat dan rajin, komisyen tak sampai seribu. Lalu saya tanya dia, "Bulan lepas tuan dah sponsor berapa orang di Level-1 tuan?". Dia kata "Kosong en Mazelan, saya tak sempat nak sponsor orang level-1 saya, En Mazelan tengoklah sendiri, mana sempat, saya sebok bantu downline saje". "Habis tu, yang tuan bagi ceramah pukul gong suruh orang lain sponsor level 1 sahaja, tuan buat apa?", dia diam seketika sambil terkebil-kebil. Saya kata lagi "Tuan suruh orang lain buat, tapi tuan tak buat"

Saya sangat simpati pada dia, jadi saya nasihatkan dia "Kalau tuan nak ikut cakap saya, ikut, kalau tak mahu terpulang". Dia kata "Saya nak ikut cakap en Mazelan, tapi salah ke cara yang saya buat selama ini?". Saya tanya " Tak salah, tapi tuan puas hati ke dengan komisyen yang macam tu?", "Tak puas hati jugak en Mazelan", jadi, sebenarnya.....

Jawapannya SALAH ! Jangan buat macam tu lagi !

Tuan sibuk bantu orang lain atau bantu downline, itu adalah BAIK, tetapi tuan tidak buat kerja tuan sendiri, iaitu sponsor orang di Level 1. Kerja tuan adalah sponsor orang di Level 1, dan itulah yang TERBAIK, sama seperti apa yang tuan cakapkan atas stage tadi sewaktu berceramah.

Ingat !
"Enemy for the best is always the good."
Musuh kepada yang TERBAIK, biasanya benda yang BAIK-BAIK sahaja.

Jadi, mulai minggu depan, saya kata pada dia, stop buat ceramah-ceramah, stop bantu downline dengan cara sedemikian, tuan kena mula semula buat kerja tuan sendiri, iaitu SPONSOR orang di Level-1. Kalau tidak, itulah hasilnya, buat lebih kurang 3 tahun, komisyen tak sampai seribu ringgit.

Kerja membantu downline secara demikian adalah kerja yang BAIK, tetapi terlepas dan tak buat kerja yang TERBAIK untuk dia. Saya terus bagi target pada dia, mulai bulan ini, dia kena fokus, pecahkan otak dan pecahkan usaha untuk menaja paling kurang 14 orang setiap bulan. Buatlah kerja kita sekurang-kurangnya 2 tahun, selepas itu, bolehlah berhenti menaja kalau mahu, tak payah buat lagi, saya yakin pendapatan dia paling kurang pun akan cecah 5 ribu setiap bulan. Itu baru dinamakan pasif income. 2 tahun pertama tu bukan pasif income, kerana dia masih bekerja untuk kembangkan level 1. Itu aktif income.

Dia pun pening lalat bila tiba2 saya marah dan suruh dia berhenti buat ceramah. Cara terbaik nak bantu downline adalah dengan pastikan dia ada buku panduan selepas menyertai program ini, dan kedua kalau mereka call tolong jawab, jangan tak jawab.

Tanpa buku panduan, mereka terkapai-kapai, sikit2 mereka akan rujuk pada kita, kalau sorang dua tak mengapa, kalau 2000 - 3000 orang semua nak rujuk kat kita, maut rasanya, maka kita jadi orang pertama terkeluar dalam bisnes ini, tak larat nak bantu semua.

Pesan saya, jika ingin mendapat income terbaik dalam bisnes ini, buatlah perkara yang TERBAIK.

Terima kasih kembali.

Mazelan Abas

Friday, October 24, 2014

Siri Buat Duit Dari Rumah : Pengenalan


Pengenalan ringkas oleh saudara Mazelan Abas berkenaan referral program TuneTalk Tone Excel. Sesuai untuk mereka yang masih tercari-cari peluang menambah pendapatan atau mengurangkan beban perbelanjaan terutamanya bil handphone. Video di atas memberi penjelasan mudah apa itu program rujukan komuniti yang ditawarkan oleh Tone Excel dan bagaimana semua orang boleh menyertai dan mendapat manfaat darinya.

Wednesday, October 15, 2014

Komisyen untuk topup simkad TuneTalk Tone Excel



Mungkin ada yang tidak tahu jika kita topup sebanyak RM60 kita punya komisyen Level 1,2 dan 3 akan bertukar menjadi 10%, 3% dan 13%. Seperti yang diingatkan oleh tuan Mazelan Abas dalam emelnya, di sini saya buatkan rumusan untuk peringatan semua. 

Sebagai agen/pengguna biasa:
Jika kita sendiri topup bawah RM20.
Komisyen yang kita perolehi dari
Level 1,2 dan 3 adalah 0% (Kosong).

Sebagai agen/pengguna biasa:
Jika kita sendiri topup diantara RM20-RM59.
Komisyen yang kita perolehi dari
Level 1 adalah 6%
Level 2 adalah 3%
Level 3 adalah 11%

Sebagai agen/pengguna biasa:
Jika kita sendiri topup RM60 keatas,
Komisyen yang kita perolehi dari
Level 1 adalah 10%
Level 2 adalah 3%
Level 3 adalah 13%

Monday, October 13, 2014

Testimoni Projek Pendapatan Pasif


Testimoni/interview oleh sifu yang buat duit dengan handphone :) Siapa lagi kalau bukan tuan Mazelan Abas, orang yang telah membuktikan kejayaan meraih pendapatan pasif 6 angka bersama program rujukan (referral program)TuneTalk Toneexcel.