Showing posts with label prospek. Show all posts
Showing posts with label prospek. Show all posts

Friday, August 7, 2015

Tanya EMPAT Kali (OFFLINE), SEMBILAN Kali (ONLINE)


Jika kita melakukan bisnes secara OFFLINE, kita kena approach prospek kita dan cuba lakukan jualan padanya sebanyak EMPAT kali. Kali pertama kita jumpa mungkin dia tak minat. Kali kedua mungkin dia sibuk. Kali ketiga mungkin dia nak fikir dulu. Tapi kalau dah empat kali kita follow-up  pun dia masih tak berminat, barulah kita boleh lupakan dia dan cari prospek lain.

Itu yang ditulis oleh pakar marketing Tom Abbott dalam bukunya, The SOHO Solution: 21 Selling Strategies For Growing Your Small Business.

Bagaimana pula dengan bisnes ONLINE?

Untuk bisnes online pula, anda kena follow-up TUJUH ke SEMBILAN kali. Kerana dalam dunia online, memang ada banyak distraction. Kadang2 prospek baca iklan kita sambil buat dua tiga kerja serentak. Memang dia tak akan buat apa2 keputusan serta merta. Sebab itu kita kena buat posting produk kita berkali2, barulah orang perasan dan akan ambil tindakan. 

Macamana nak post iklan dan follow-up sampai sembilan kali? Tak penat dan buang masa ke? Sebab tu kita kena guna EMAIL AUTORESPONDER. Kita hanya perlu setkan terlebih dahulu di dalam autorespoder 9 jenis emel berbeza yang kita nak hantar pada prospek untuk tujuan follow-up.  

Bila ada prospek yang berminat dengan produk kita, minta emel mereka dan masukkan dalam database autoresponder anda. Anda tak perlu hantar emel sembilan kali secara manual pada setiap prospek anda. Autoresponder akan melakukannya untuk anda dengan yuran bulanan yang amat rendah.

Berapa anda bayar untuk PA anda melakukan follow-up dan menguruskan emel syarikat ? RM1000 sebulan? RM2000? Yuran autoresponder tak sampai RM100 pun :) 

Nak yang FREE pun ada.

Jumpa lagi di tips akan datang: Bagaimana guna Hootsuite untuk setkan posting di profile anda :)

Monday, November 17, 2014

Tip menghadapi ‘rejection' dalam network marketing


Dalam menjalankan perniagaan network marketing atau MLM, kita pastinya akan berhadapan dengan prospek atau pelanggan yang menolak ajakan kita atau produk jualan kita. Bagaimanakah caranya kita menghadapi penolakan atau 'rejection' ini?

Kita perlu bertindak seperti seorang doktor di waktu peperangan. Sewaktu peperangan, askar yang tercedera terlalu ramai dan doktor perlu selamatkan seramai mungkin pesakit. Oleh sebab itu, doktor akan memeriksa setiap pesakit dan pastikan sama ada boleh diselamatkan atau tidak. Sekirannya boleh diselamatkan lagi maka pesakit itu perlu diselamatkan 100%. Dan sekiranya tidak dapat diselamatkan, maka ...NEXT!

Kalau tak boleh selamatkan, NEXT!

Oleh itu, sekiranya kita menghadapi banyak 'rejection', itu tandanya kita sudah dekat pada prospek yang mahukan produk kita itu. Jadikan 'rejection' sebagai motivasi, bukan pelemah semangat. Kalau sepuluh prospek yang anda jumpa tidak mahukan produk anda, mungkin prospek yang ke-12 atau ke-13 mahukan produk anda. Itulah salah satu tip yang diajarkan oleh Dato' Dr Azman Ching, seorang jutawan MLM.