Wednesday, August 19, 2015

Teknik Penulisan Ayat Jualan Yang Menggoda


5 tips menulis ayat jualan (copywriting)

Jika anda adalah usahawan internet yang buntu nak tulis apa pada surat jualan produk anda, tips ini sangat sesuai untuk anda.
Baca dan praktikkan tips yang akan dikongsikan di bawah ini.

Kenali Pelanggan Ideal Anda: 
Untuk menulis surat jualan, anda perlu kenali dahulu siapa prospek atau pelanggan ideal anda. Cara untuk kenali mereka adalah melalui pemerhatian gerak geri pelanggan anda. Tapi cara yang lebih efektif adalah dengan bertanyakan mereka beberapa soalan penting seperti apa masalah utama mereka hadapi? Apa yang mereka mahu capai? Apakah bahasa yang mereka gunakan? dan pelbagai soalan lain lagi yang anda boleh tanya kepada mereka.

Oleh itu, anda akan memahami pelanggan ideal anda dan dari situ lah ia secara tidak langsungnya memudahkan anda untuk tulis ayat jualan yang hebat.

Jual Faedah atau Manfaat: 
Anda tentu faham kita sebagai usahawan perlu menitik beratkan apa faedah yang bakal pelanggan anda dapatJangan jual ciri-ciri yang ada pada produk tersebut.

Sebagai contoh, anda menjual produk kurus. Untuk memantapkan lagi penulisan anda di surat jualan, anda perlu ceritakan apa faedah yang pelanggan dapat bila beli produk kurus tersebut, bukan cerita tentang ingredients/kandungan produk kurus tu atau rupa bentuk produk tersebut.

Jadi, anggaplah anda sebagai penjual 'Penyelesaian' dan nanti anda akan rasa mudah untuk menulis ayat jualan power.

Masukkan Testimonial: 
Bagi mendapat kepercayaan prospek anda, testimonial sangat wajib untuk diletakkan dalam penulisan web jualan anda. Ini adalah cara terbaik sebagai sokongan kepada produk anda. Kebiasaannya, testimonial akan buatkan produk anda semakin kuat dan berpeluang menukar prospek menjadi pelanggan.

'Remove Objections’: 
Dalam bahasa mudahnya adalah anda perlu buang segala halangan yang ada dalam fikiran prospek anda. Memang lumrah otak manusia telah disetting perkataan 'TIDAK' bila berhadapan dengan tawaran produk. Jadi sekarang ni, anda mempunyai tugas penting untuk 'hapuskan' perkataan TIDAK dan keraguan pada fikiran mereka.

Anda cuba fikir apakah yang akan menjadi sebab prospek anda tidak beli produk anda sekarang. Fikir sejenak. Bila anda dah dapat jawapannya, anda cuba 'lawan' semula siap-siap di dalam penulisan anda.

Sebagai contoh, tawarkan prospek anda 'JAMINAN PULANGAN WANG'. Prospek sangat takut dengan risiko yang bakal mereka hadapi jika produk anda tidak memberi manfaat kepada mereka seperti tertulis dalam web jualan anda. Dengan cara ini, prospek anda akan jadi lebih berani untuk cuba produk anda walaupun mereka tidak kenal pun siapa anda. Jadi 'Objection' risiko telah pun anda 'buang' dari pemikiran prospek.

Masukkan Teknik 'Urgency': Memang tidak dinafikan, teknik 'urgency' atau 'scarcity' dapat membantu tingkatkan jualan produk di web jualan. Sebagai contoh, produk di tangan kami hanya tinggal 3 unit sahaja lagi. Siapa cepat dia dapat harga diskaun! (Pastikan 3 unit tu adalah benar)

Sebenarnya ada banyak jenis lagi teknik urgency yang anda boleh gunakan. TETAPI pastikan anda tidak menipu prospek anda sebagai contoh, anda akan naikkan harga jualan setelah cukup masa yang ditetapkan....tetapi bila tiba masa yang ditetapkan, harga masih lagi sama.

Ini dapat menyebabkan prospek tidak akan lagi percaya dengan tawaran-tawaran anda pada kemudian hari.

No comments:

Post a Comment