Monday, January 19, 2015

Prinsip Pareto 80:20


Prinsip Pareto atau dengan kata lainnya Prinsip 80/20 adalah sebuah prinsip yang pada asalnya diasaskan oleh seorang Ahli Ekonomi Itali bernama Vilfredo Pareto pada tahun 1906 dan kemudiannya diperkenalkan ke seluruh dunia oleh Dr. Joseph M. Juran pada hujung 1940-an di Amerika Syarikat.

Dalam subjek Building Economy ada diajar tentang konsep ni. Prinsip Pareto ni sangat luas sebenarnya dan sejak saya dengar beberapa orang mengulasnya saya terus pegang sebagai rujukan.

80% hasil kehidupan kita ditentukan oleh 20% tindakan yang kita ambil. Ok, saya kongsi satu cerita. Seorang tukang kayu sibuk menggergaji. Namun sudah 3 jam belum juga siap. Bila dilihat rupanya mata gergaji dah tumpul. Lalu ditanya mengapa tidak diasah mata gergaji yang tumpul? Tukang kayu jawab "tak ada masa, kalau asah mata gergaji nanti tak sempat siap potong kayu". Sebenarnya untuk asah mata gergaji memang ambil masa, namun lepas tu masa untuk menggergaji dapat disingkatkan dan kerja jadi lebih mudah.

Sama juga dalam hidup, kita ambil mudah perkara penting. Walhal ia cuma perlukan 20% dari masa dan tenaga kita namun dalam jangka panjang ia beri kesan yang mempengaruhi 80% dari kehidupan. Maka untuk capai 80% dari hasilnya, kenal pasti dan buat 20% yang penting dahulu. Contohnya timba ilmu untuk maju. Proses menimba ilmu inshaAllah akan mempengaruhi 80% hasil kehidupan kita di masa depan.

Dalam bisnes: planning, strategi, marketing... ya semua itu penting. Namun ada perkara lain yang juga sama penting. Bukan sahaja faktor luaran yang menentukan kejayaan kita. Faktor dalaman juga sangat penting. Sejauh mana kita benar-benar kenal diri sendiri. Sedalam mana keikhlasan dan ketenangan yang dah kita capai. Adakah kita telah memaafkan masa lalu dan orang sekeliling yang menyakiti kita? Bagaimana semua ini mempengaruhi aura kita yang sangat berkait rapat dengan perniagaan, kerjaya, hubungan dan kehidupan.

No comments:

Post a Comment