Showing posts with label cashback. Show all posts
Showing posts with label cashback. Show all posts

Wednesday, April 29, 2015

Topup RM60 sebulan


Assalam semua..
Apa yang kita dapat bila kita topup RM60 setiap bulan dengan simkad Tone Excel selama 15 tahun?
FREE kredit RM3,600.
CASHBACK RM324.
BigPoint 25,200 point.

Tuesday, November 25, 2014

Kelebihan Topup ToneeXcel


Sebagai pengguna simkad prepaid TuneTalk dan menyertai referral program Toneexcel, anda akan buat banyak penjimatan bila anda topup kredit anda. Seperti yang ditunjuk dalam gambar di atas, jika anda topup RM30, anda dapat kredit percuma RM10, 70 point yang boleh dikumpul juga cashback sebanyak 3% dari jumlah penggunaan kredit dalam sebulan.

Jika anda topup RM60 pula, anda dapat kredit percuma RM20, 140 point yang boleh dikumpul juga cashback 3% dari jumlah penggunaan kredit dalam sebulan. Sebagai tambahan, anda juga layak dapat perlindungan insuran peribadi (PA) percuma bernilai RM100,000.

Begitulah seterusnya jika anda topup RM80, RM100 dan sebagainya.
Jom kita join Toneexcel, guna simkad TuneTalk dan nikmati ganjarannya. Buat jer.. )

Thursday, November 6, 2014

Bisnes tak payah carik orang?


Perasan tak ramai orang suka post kat group Facebook, kat FB wall guna ayat begini, “Bisnes ni tak payah jual produk, tak payah cari orang. Duduk saja boleh dapat duit.” 

Persoalannya, yang kamu pi post kat group bagai tu untuk apa? Bukan untuk carik orang? Bukan hang berurusan dengan orang ka?  Ke kat dalam group and wall tu bukan orang? Ohhh group ayam, itik & kambing maybe.. :p

Be profesional lah sikit. Lawak pun ada. Orang-orang yang baca pun satu hal, cepat sangat terpengaruh dengan bisnes kononnya tak payah jual produk, tak payah cari orang. Dari anda dok terpengaruh, percaya benda-benda sebegitu, baik anda semua manfaatkan penggunaan handphone seharian anda. Dapat faedah. Dapat duit. Dapat cashback bila anda topup. Pendapatan pasif yang berpanjangan. Lagi berbaloi-baloi.

Monday, October 27, 2014

Tip jimatkan bil handphone sebanyak 46%


Katakan anda memperuntukkan sebanyak RM180 sebulan untuk bil handphone anda sekeluarga. Berapakah penjimatan yang bakal anda perolehi dengan bertukar pada simkad TuneTalk Tone Excel (TTTE)? Jawapannya adalah sebanyak RM83.40 atau lebih kurang 46% dari jumlah bil bulanan keseluruhan.

Kiraannya begini:
Katakan anda penggunaan anda sebanyak RM100 sebulan, bila bertukar ke TTTE, anda gunakan dalam jumlah yang sama. Bila anda topup RM100, anda akan dapat free airtime RM40.
Isteri anda juga boleh kekalkan penggunaan telefon sekitar RM50. Bila dia topup RM50, dia dapat airtime percuma RM20.
Jika anak anda pula topup RM30 (guna jumlah yang sama dengan bil telefon sebelum ini), dia akan dapat airtime percuma RM10.
Jumlah free topup anda, isteri dan anak anda ialah: RM70.

Sebagai pengguna simkad TuneTalk Tone Excel, setiap orang akan dapat insentif cashback 3%.
Dengan menggunakan contoh jumlah topup yang sama seperti di atas, anda akan dapat cashback sebanyak RM3, isteri anda RM1.50 dan anak anda RM0.90
Jumlah cashback kesemuanya adalah: RM5.40

Satu lagi insentif yang anda dapat disebabkan anda sponsor isteri dan anak anda adalah komisyen topup. Seperti yang dijelaskan dalam entri sebelum ini (Komisyen untuk topup simkad TuneTalk ToneExcel), komisyen anda adalah 10% disebabkan anda topup lebih RM60. Jumlah komisyen anda ialah RM5 (dari topup isteri) dan RM3 (dari topup anak), iaitu RM8.

Jika kita campurkan insentif free topup, cashback dan komisyen topup, jumlahnya adalah: RM70 + RM5.40 + RM8 = RM83.40.
RM83.40 / RM180 = 0.4633
0.4633 * 100 = 46.33%.