Setelah anda beli simkad ToneExcel dari penaja atau agen simkad, anda perlu aktifkan simkad dan daftarkan diri anda sebagai pengguna ToneExcel menggunakan SMS.
Perhatian : Jangan gunakan simkad Toneexcel dulu, ia belum aktif dan belum boleh digunakan lagi. Guna saja mana-mana handphone anda yang anda guna sekarang.
Di bawah ini adalah format SMS yang perlu dihantar untuk pendaftaran simkad.
1) Bagi pengguna mykad, anda perlu taip:
ad nama noSN noPUK noIC alamat poskod idpIDpenaja
Pilihan:
Jika anda ada maklumat bank atau kekal no lama, sila sertakan selepas poskod.
ad nama noSN noPUK noIC alamat poskod telco no_lama nama_bank no_acc idpIDpenaja
2) Bagi pengguna selain daripada mykad (spt kad Tentera, kad Polis), sila taip:
ad nama noSN noPUK noTentera/Polis tarikhLahir alamat poskod NoIDP
Pilihan:
Jika ingin tambah maklumat bank atau kekal no lama, sila sertakan selepas poskod.
3) Bagi pengguna Passport pula, taipkan:
ad nama noSN noPUK noPassPort Negara tarikhLahir alamat poskod NoIDP
Pilihan:
Jika anda ingin tambah maklumat bank atau kekal no lama, sila sertakan selepas poskod.
Jika port-in ingin dilakukan kemudian, (bukan semasa pendaftaran kali pertama ini) sila tukarkan kod dari ad ke pt dan sertakan maklumat di atas sehingga poskod sahaja.Semua pendaftaran ini hendaklah dihantar ke nombor 014-705 7769 sahaja.